Wednesday, September 26, 2012

NATIONAL TALENT ENHANCEMENT PROGRAMME (NTEP) OLEH ISKANDAR MALAYSIA

KAMI TELAH MENERIMA SATU EMEL KHAS DARIPADA ISKANDAR MALAYSIA.

:: Peluang Latihan & Pekerjaan Di Semua Sektor Di Dalam Iskandar Malaysia Melalui Program NATIONAL TALENT ENHANCEMENT PROGRAMME (NTEP) ::



MAKLUMAT PROGRAM
1. Program kerjasama antara PEMANDU (Kerajaan), IRDA (agensi fasiliti) dan pihak industri di dalam Iskandar Malaysia.
2. Tujuan: Peluang Penempatan Pekerjaan & Latihan berkonsepkan "Place & Train".
3. Tempoh Latihan: 12 bulan latihan dan penempatan.
4. Kelebihan Program: Faedah/elaun seperti pekerja biasa (SOCSO, KWSP, DLL).
5. Terbuka kepada semua calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) dan lepasan Diploma atau Ijazah di dalam bidang KEJURUTERAAN.

OBJEKTIF
1. Untuk meningkatkan 100% kadar peluang pekerjaan dan daya kompetensi di kalangan para graduan.
2. memberi peluang untuk meningkatkan kemahiran dan pendedahan di alam pekerjaan sebenar.

SYARAT KELAYAKAN
1. Berkelulusan dalam bidang KEJURUTERAAN.
2. Graduan SKM Tahap 3 / Diploma / Ijazah.
3. Tidak bekerja dalam tempoh 6 bulan setelah tamat pengajian.
4. Pengalaman bekerja kurang dari 2 tahun.
5. CGPA: Minimum 2.3 ke atas.

FAEDAH
1. Pengalaman baru di alam pekerjaan sebenar.
2. Peluang mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ketika menjalani latihan di tempat kerja.
3. Memperoleh manfaat pekerjaan seperti SOCSO, KWSP dan lain-lain.
4. Menikmati elaun latihan dan elaun tambahan yang telah disubsidikan di dalam program ini.

ANJURAN
- Oleh PEMANDU (Kerajaan), IRDA (agensi fasiliti) dan pihak industri di dalam Iskandar Malaysia.

TARIKH AKHIR PENDAFTARAN
- 1 NOVEMBER 2012.

Sila emelkan RESUME anda ke ke hcb.po@irda.com.my atau dail 07-233 3000 / 07-233 3227 / 012-768 0371 (Cik Rasyidah: rasyidah@irda.com.my) untuk maklumat lanjut.

HEBAHKAN IKLAN INI KEPADA SEMUA RAKAN DAN SAUDARA-MARA ANDA !!

0 comments:

Post a Comment