Wednesday, May 15, 2013

Khaled Nordin Dilantik Menteri Besar Johor


JOHOR BAHRU - Sultan Johor mengingatkan wakil rakyat yang telah dipilih supaya tidak melupakan janji-janji yang dibuat ketika kempen PRU13 lepas dan bertanggungjawab untuk menunaikan janji terbabit.


"Saya amat prihatin dan akan sentiasa mengambil berat tentang keadaan rakyat dan negeri saya. Oleh yang demikian, bagi pihak rakyat saya mahu setiap janji yang dibuat mestilah ditunaikan,

"Kerana pada mata saya, semua orang Johor adalah rakyat saya,"

"Jika ada mana-mana wakil rakyat yang merasakan diri mereka tidak sesuai atau tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberikan, mereka boleh bangun dan keluar baris sekarang," titah baginda pada Majlis Mengangkat Sumpah Pelantikan Jawatan Menteri Besar dan Exco Negeri Johor di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru hari ini.
----------------------------------------------------------------------------


DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu semua wakil rakyat memahami isi kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 iaitu negeri ini ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia dan peraturan serta tatacara bagi Dewan Undangan Negeri Johor perlu dipatuhi.

"Saya berharap Menteri Besar dan barisan Exco akan memberikan perkhidmatan terbaik dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri Johor berbanding kepentingan peribadi.

"Saya akan sentiasa memerhati dan memberikan nasihat serta teguran demi kepentingan rakyat dan negeri saya," titah baginda pada Majlis Mengangkat Sumpah Pelantikan Jawatan Menteri Besar dan Exco Negeri Johor di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru semalam.

0 comments:

Post a Comment