Thursday, June 20, 2013

Bantuan Kemasukan Pelajar Ke IPTA 2013


Tahniah kepada semua anak Johor yang telah berjaya ditawarkan tempat di IPTA bagi kemasukan sesi akademik 2013/2014. 

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Islam Johor (PIJ) ada menyediakan Bantuan Persediaan Pelajar ke IPTA untuk anak jati Johor yang akan mendaftarkan diri di IPTA bagi kemasukan tahun 2013.

Permohonan dibuka sekarang sehingga 31 Julai 2013

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN: 
  1. Pemohon mestilah anak jati Negeri Johor (menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Negeri Johor). 
  2. Pemohon merupakan tahun pertama pengajian dan bukan dikalangan yang sudah/sedang menuntut. 
  3. Pemohon ialah calon yang mengambil kursus Ijazah/Diploma pertama secara sepenuh masa di IPTA sahaja.
  4. Pendapatan kasar bulanan keluarga pemohon RM3,000.00 dan ke bawah serta mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang tanggungan yang masih bersekolah sama ada di sekolah Rendah / Menengah / IPTA.

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang boleh didapati di SINI

Borang yang telah lengkap diisi segala butirannya beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat :

PERBADANAN ISLAM JOHOR 
(Bahagian Pembangunan)
Aras 6, Bangunan PIJ Holdings,
No. 8, Jalan Bukit Timbalan,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-227 7611 / 6197
Faks : 07-227 2991

28 comments:

  1. assalamualaikum.....
    saya ingin bertanya adakah saya memohon bantuan ini,, pinjaman dari pihak lain contoh ptptn akan ditolak?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam.
    bantuan ini hanya untuk pendaftaran kemasukan. jika anda terima bantuan ini, anda masih boleh memohon pinjaman PTPTN selagi mengikut syarat ditetapkan.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    nak tanya ada tak bantuan untuk yg bukan fulltime? selain PIJ..
    terasa beban walupn telah bekerja..
    mohon bantuan

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    saya nak tanya..kalau dah daftar masuk IPTA, masih boleh mohon bantuan ini ke?

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    sy ada satu soalan.. adakah seseorang itu layak memohon jika hanya ibu yg bekerja kerana ayah sudah besara dan hanya seorang tanggungan ? tq

    ReplyDelete
  6. @ask_mie
    saya cadangkan awak rujuk pada yayasan pelajaran johor...

    ReplyDelete
  7. @sofiah maya sari samjuhari
    wslm.. tidak boleh. bantuan ini hanya untuk pelajar yg bakal mendaftar masuk sahaja. bukan yg sedang/masih belajar. tq

    ReplyDelete
  8. @muhammad auzaie
    wslm. ya, masih layak. apa pun awak mohon saja. diterima atau ditolak, terserah pada budi bicara pihak pejabat. tq

    ReplyDelete
  9. Salam.. tumpang tanya.. Kalau pendapatan ibu bapa lebih dari RM3000 tak dapat ke? Sbb tanggungan pun ramai.. kalau boleh, nk dptkan bantuan jugak..

    ReplyDelete
  10. @sepuluh lapan
    saya tak pasti..try call pejabat..tanya pegawai

    ReplyDelete
  11. Assalam.. kalau anak Felda layak tak dpt bantuan ni ?

    ReplyDelete
  12. assalam.. seandainya saya layak untuk mendapat bantuan pij... adakah saya boleh memohon biasiswa jpa??

    ReplyDelete
  13. @kak teh
    bantuan ini adalah umum kepada semua anak johor, termasuklah anak felda..

    @muhamad hakim
    bantuan yg diterima ini tidak memberi kesan trhadap permohonan biasiswa dari agensi lain.

    ReplyDelete
  14. salam..kalau sy buat permohonan bantuan ni..boleh x sy mhn baitulmal jugak?ade kemgkinan x akn dpt both..sbb kite xboleh terima dua2 dlm satu masa kan?

    n biasanya berapa ya amaun utk bantuan ini?

    terima kasih..=)

    ReplyDelete
  15. salam.. saya baru perasan yang saya da tersalah alamat..alamat yang tertera di sini lain dgn yg saya hantar..saya hantar di alamat ini
    PERBADANAN ISLAM JOHOR
    (Bahagian Pembangunan)
    Aras 6, Bangunan PIJ Holdings,
    No. 8, Jalan Bukit Timbalan,
    80000 Johor Bahru, Johor.
    Tel : 07–2276223 / 6197
    Faks : 07–2272991

    bagaimana dgn borang permohonan saya?? adakah akan ditolak??

    ReplyDelete
  16. @aisyah
    setakat yg saya tahu, masih boleh memohon. soalan lagi satu, awak kena call pejabat sebab saya bukan pegawai.

    ReplyDelete
  17. @laila firah
    jangan risau. lokasi pejabat tetap sama. borang awak sampai juga. walaupun alamat ada berubah sikit disebabkan kemaskini dari segi teknikal..

    ReplyDelete
  18. Saya nak tnya bilakah keptusan penerima bantuan akan dikeluarkan?

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum,saya nak tanya pasalpermohonan ni memang last date nya 31 julai 2013 ye???or ada second date untuk mohon???

    ReplyDelete
  20. salam,
    saya nak tanya, sy tak tau yg close date is 31/7/13, jd sy baru hntr seminggu sblm raya sebab surat tawaran pn baru keluar. boleh ke? atau akan ditolak?

    ReplyDelete
  21. tarikh tutup 31 julai ini adalah permohonan yg dibuka kali ketiga tahun ini. permohonan kali keempat telah dibuka sehingga tarikh tutup 31 okt. utk semak senarai penerima yg berjaya dan kemaskini permohonan, sila rujuk website PIJ http://www.pij.gov.my/vistapij/00.htm

    ReplyDelete
  22. salam, saya nak tanya keputusan Bantuan Kemasukan Pelajar Ke IPTA keluar bila? terima kasih

    ReplyDelete
  23. assalam..saya nak tanya boleh tak pengesahan borang dan dokumen bagi permohonan biasiswa ni dibuat oleh ketua kampung sahaja ?

    ReplyDelete
  24. salam..saya nak tnye.saya dh tahun ke 2 belajar.boleh saya tahu bantuan kewangan lain yang saya boleh apply.baitulmal boleh mohon dimana yea?

    ReplyDelete
  25. As salam boleh kah saya mohon untuk masuk universiti pada 28jan 2013 nanti ? Walhal tarikh permohonan sudah tamat

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum, saya ingin bertanya, bantuan ini terbuka kepada semua IPTA ke macam mana? kalau politeknik macam mana pula?

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum adakah tawaran ini masih dibuka untuk sesi 2015..kerana saya memdapat tawaran diploma teater di Upsi

    ReplyDelete