Monday, May 19, 2014

SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM 2014/2015


SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM
2014/2015


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon adalah rakyat Negeri Johor dan menetap di Negeri Johor sahaja.
2. Pemohon telah mendapat surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.
3. Ditawarkan kepada pemohon yang mula mendaftar di tahun pertama sahaja bagi mengikuti kursus pengajian sepenuh masa sahaja iaitu peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda.
4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.
5. Tempoh akhir permohonan selewat-lewatnya satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPTA dan perlu menyertakan resit pembayaran pendaftaran.
6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja dalam setahun untuk setiap taraf pengajian.
7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran daripada agensi -agensi lain.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN (YANG TELAH DISAHKAN)
1. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.
2. Salinan Resit Pembayaran Pendaftaran (bagi yang telah mendaftar).
3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, lbu dan Bapa, atau Penjaga.
4. Salinan Akaun Bank lslam (M) Berhad sahaja.
5. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan lbu dan Bapa, atau Penjaga.
(Jika tiada Slip Gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan lbu dan Bapa atau Penjaga dan telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah sahaja).

SYARAT-SYARAT KELULUSAN
1. Pemohon berdaftar di E-Kasih perlu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Daerah. Jika tidak berdaftar di E-Kasih, hanya perlu mendapatkan pengesahan daripada wakil rakyat sahaja.
2. Jika pemohon tidak berdaftar di E-Kasih :
i. Pendapatan lbu dan Bapa atau Penjaga kurang daripada RM 4,000 sebulan,
ii. Perlu mendapat pengesahan daripada ADUN atau Wakil Rakyat di Negeri Johor sahaja.


Dapatkan borang permohonan di laman web YPJ: 

http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/borangsbpipte-kasih8.pdf

Hantarkan permohonan lengkap ke alamat :
Yayasan Pelajaran Johor
No. 15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya,
Kg. Dato’Onn Jaafar, Karung Berkunci 711,
80990 Johor Bahru, Johor.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai YPJ (En Hamdi) di talian 07-2344355.

-SUMBER-

56 comments:

  1. @Muhammad Bin Md Hanipah

    Hanya untuk Sijil, Diploma dan Degree.

    ReplyDelete
  2. klau ibu bapa gaji lebih rm4000 ttpi tanggungan ank2 yg masih bersekolah ramai, macam mana? layak x?

    ReplyDelete
  3. @Muzakkir Rahim
    Boleh, mohon saja. Di borang ada ruang senarai tanggungan. Jadi insha allah dipertimbangkan..

    ReplyDelete
  4. macam mane kalau lahir di negeri lain..tapi dari kecil dah menetap di johor..and ibu bapa pon orang johor..layak mohon tak??

    ReplyDelete
  5. @Siti Nur Farhana
    Boleh sebab ibu bapa awak johor dan awak pun menetap / bersekolah di johor. lampirkan sijil berhenti sekolah.

    ReplyDelete
  6. saya tiada akaun bank islam. boleh tak guna akaun ayah saya?

    ReplyDelete
  7. Kena minta cop yb juga ke? Ketua kg boleh?

    ReplyDelete
  8. pemohon yg mendaftar di E-Kasih tuh mcm mana ? yg dapat duit BR1M ke ? sila jelaskan lagi.. terima ksih..

    ReplyDelete
  9. @Zulfadhli Zainal
    Lebih baiknya guna akaun atas nama awak sendiri. Kalau tiada, buat akaun bank islam sekarang. Lagipun memang perlu ada akaun bank islam untuk masuk IPTA sebab majoriti semua bayaran biasiswa atau pinjaman atau bantuan adalah menggunakan bank islam.

    ReplyDelete
  10. @amirul123
    Hanya cop pengesahan oleh wakil rakyat sahaja.

    ReplyDelete
  11. @Fatimah Nuraini Kamalrudin
    Tiada kaitan dgn BR1M la. E-Kasih tu sistem data golongan miskin, yg digunapakai utk bantuan kebajikan. Kalau keluarga awak berdaftar dlm E-Kasih, hanya perlukan pengesahan Pejabat Daerah sahaja. Jika tiada, perlu buat pengesahan dgn pejabat wakil rakyat. Ibu atau bapa awak mesti tahu samada berdaftar E-Kasih atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam pelajar IPTS x boleh mohon ker?

      Delete
    2. Pelajar IPTS tak boleh. Jangan tanya kami kenapa tak boleh..

      Delete
  12. Ble x mohon klu dh berada di tahun keempat?

    ReplyDelete
  13. saya hendak memohon bantuan pendidikan zakat johor tapi tidak tahu cara bagaimana hendak memohon? boleh terangkan cara bagaimana hendak memohon bantuan tersebut? :)

    ReplyDelete
  14. Pejabat Wakil rakyat area Skudai dimana ye? Mesti susah nak jumpa YB sebab diorang seallu buzy and susah nak jumpa kan..Taktahu nak mintak pegesahan Pejabat WAkil rakyat Johor di mana

    ReplyDelete
  15. bantuan ini kena bayar balik tak?

    ReplyDelete
  16. borang pengesahan pendapatan ibu bapa nak dapatkan di mana?

    ReplyDelete
  17. @ida amalina
    Tak boleh. Hanya untuk tahun pertama sahaja.

    ReplyDelete
  18. @Muhamad Fithri

    Awak boleh rujuk artikel seterusnya di link berikut :

    http://www.mahasiswajohor.my/2014/08/skim-bantuan-zakat-maij-pendaftaran-ipt.html

    ReplyDelete
  19. @Feroz_Logistics Expert

    Simpati dengan awak. Wakil rakyat skudai dan sewaktu dengan memang terlalu sibuk, susah nak jumpa.
    Saya cadangkan mungkin awak boleh pergi ke pejabat ahli parlimen pulai, di kompleks tan sri mohamed rahmat (berdekatan balai polis tampoi).

    ReplyDelete
  20. @Zhi Xuan Ko

    Tidak bayar balik. Bantuan ini adalah pemberian, bukan pinjaman.

    ReplyDelete
  21. @afzanur

    Boleh dapatkan di link berikut. Pengesahan Pendapatan hanya boleh dilakukan oleh Pesuruhjaya Sumpah sahaja.

    http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/borang_pengesahan_pendapatan8.pdf

    ReplyDelete
  22. Kalau da membuat pinjaman ptptn still boleh mohon lagi ke permohonan ini?

    ReplyDelete
  23. sy dah hantr borang tu lama,tapi smpai dah hbis sem tak dpt

    ReplyDelete
  24. bila boleh dapat ye? macamana nak tahu berjaya ke tidak?

    ReplyDelete
  25. Macam mana nak tahu permohonan lulus atau tidak?

    ReplyDelete
  26. sy dah sem3 degree, boleh mohon tak?

    ReplyDelete
  27. Awak perlu semak dgn YPJ by email ypj@johor.gov.my atau by phone 07-2344355.

    Sem 3 degree tidak boleh mohon. Hanya ketika sem 1.

    ReplyDelete
  28. jika saya sambung degree melalui penerapan uitm,saya akan masuk terus ke sem 2.adakah saya layak utk pemberian ini??dan jika layak,adakah setiap sem akan dapat ??

    ReplyDelete
  29. Kenapa takde bantun untuk peringkat phd?? 😢

    ReplyDelete
  30. salam. mksudnya kalau family saya tak berdaftar dengan e-Kasih, kite masih bole mohon lagi la ya ?

    ReplyDelete
  31. Kalau saya datang terus ke pejabat ypj utk hantar borang, dapat terus tak cash?

    ReplyDelete
  32. Saya baru pindah pahang hampir setahun. Jadi, pengesahan daripada wakil rakyat macam mana ye? Dah call kelmarin, pihak ypj kata boleh ambik yg di pahang. Betul.ke? Takut tak di proses je

    ReplyDelete
  33. Boleh tak sya memohon walaupun x mnetap di johor ttpi sya lahir di johor bgitu juga dengan ibu bpe see????

    ReplyDelete
  34. Harap urusan bantuan ni dapat dimudahkan lagi. tak perlulah wakil rakyat,E kasih,etc. kesian anak johor susah nak dapat bantuan.

    ReplyDelete
  35. Macam mana nak tahu dapat bantuan ypj atau tidak? Cara semakan?

    ReplyDelete
  36. Kalau nak semak guna email mcm mana?, hantar butiran diri??? Bg nama and ic ke cm mana.. ad contoh x??

    ReplyDelete
  37. Kalau lahir di johor tapi menetap di negeri sembilan selama 5 tahun layak tak utk memohon?

    ReplyDelete
  38. Kalau pelajar kolej vokasional yang nk masuk tahun pertama diploma boleh ke mohon?

    ReplyDelete
  39. Kalau masuk ipts, boleh mohon tak?

    ReplyDelete
  40. Saya lahir di johor. Tpi sy tnggal di perak hampir 7 thun. Adakah saya layak mohon?

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum saya rakyat johor yg belajar di luar negeri johor. Adakah saya layak memohon? Tq

    ReplyDelete
  42. Kalo nk mohon pinjaman yjp ..boleh x mohon bantuan pendaftaran ipt sekali

    ReplyDelete
  43. Klau mohon bantuan utk bljr di overseas ... dan mengmbil pilot license , bole ke saya memohon bantuan ini ?. Tq

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum. Boleh mohon lagi? Saya baru dapat tawaran untuk sarjana muda tahun pertama.

    ReplyDelete
  45. Assalam, saya nak tanya walaupun saya tengok dari tahun 2015 punya komen pun still tak berjawab, family saya dah duduk di Johor lebih dari 30 tahun, tapi mereka tidak lahir di johor, saya lahir di johor tetapi sekrang keluarga saya baru sahaja menetap di negeri sembilan tak sampai setahun pun lagi , still boleh mohon tak ? Dan ada satu soalan kat atas ni saya perasan dia tanya kalau UiTm penerapan terus masuk sem kedua atau ketiga, still layak mohon ke ? Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  46. @Liya Yasin, boleh mohon. YPJ akan semak dan teliti dokumen sokongan permohonan awak. Btw, ini posting lama. Boleh refer posting terbaru.
    Ini utk kemasukan tahun pertama sahaja. selepas itu tidak boleh walaupun dia xpenah mohon pada tahun pertama.

    ReplyDelete
  47. @Balqhis Ahmad dan SEMUA !!
    Ini tahun 2014 punya daa. Tengok tahun. Baca yg terbaru..

    http://www.mahasiswajohor.my/2016/08/skim-bantuan-pendaftaran-universiti.html

    ReplyDelete
  48. Selamat sejahtera, sy ingin tanya cara utk semakan keputusan. Blh tak bagi contoh?

    ReplyDelete
  49. Knp link tu tak keluar? Hm saya nak mohon untuk sem2 boleh dpt tk? Masa sem1 nak mohon tarikh dh tutup. Boleh lagi tk mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la tak keluar. Awak tak baca tajuk ke tahun bila punya ?? Sila refer posting terbaru. Terima kasih.

      Delete