Saturday, January 28, 2017

Tabung Pendidikan Sarjana PDT 2017



Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta'zim Tahun 2017 yang diuruskan bersama oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dan Yayasan Pelajaran Johor akan dibuka mulai pada 1 Februari sehingga 14 Februari 2017. 

Sila muat turun syarat dan keterangan lanjut permohonan di pautan berikut : 


Sila muat turun borang di pautan berikut : 

Monday, January 23, 2017

Empat pusat pemindahan banjir dibuka di Segamat

Oleh: MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON

Ayub melawat keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir di Balairaya Kg Melayu Raya, Segamat.
SEGAMAT, 23 Jan - Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar daerah ini mula dinaiki air selain beberapa pusat pemindahan banjir telah dibuka. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Ayub Rahmat berkata, sejak pukul 4.20 petang, semalam, sebanyak empat pusat pemindahan telah dibuka di sekitar daerah ini dengan menempatkan kira-kira 200 mangsa.

Menurutnya, empat pusat pemindahan tersebut adalah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Melayu Raya, Kampung Gelang Chincin dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun Tenang Stesen.

"Daerah Segamat menjadi daerah pertama di negeri ini yang dilanda banjir pada tahun ini dan bilik operasi banjir juga telah dibuka di Majlis Daerah Segamat (MDS) petang tadi (hari ini).

"Beberapa agensi keselamatan seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis dan bomba juga turut memantau situasi banjir di daerah ini dan kita berharap situasi banjir ini tidak bertambah teruk," katanya.

Beliau yang juga Adun Kemelah berkata kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Balairaya Kampung Melayu Raya, di sini, malam ini.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menyediakan kelengkapan seperti pakaian, makanan, tilam serta selimut untuk keselesaan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan.

Pada masa sama, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Segamat juga telah diarahkan untuk sentiasa melakukan pemeriksaan dan memantau tahap perkembangan kesihatan mangsa banjir di setiap pusat pemidnahan.

"Ini bagi memastikan tahap kesihatan mangsa tidak terjejas kerana kita risau penyakit berjangkit terutamanya penyakit bawaan air lebih mudah merebak pada musim banjir seperti taun dan demam kepialu.

"Lebih penting, ahli keluarga atau ahli jawatankuasa di pusat pemindahan perlu tahu simptom-simptom penyakit ini supaya mudah diberi rawatan awal bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah," katanya. - Sinar Harian

Wednesday, January 11, 2017

" Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan) "

Apa itu Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan)?

  • “Soaring Upwards” (Peningkatan Berterusan) merupakan slogan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
  • Slogan ini digunakan untuk menggambarkan landskap pendidikan tinggi di Malaysia yang kian meningkat bertambah baik, dan pada masa yang sama, mengakui bahawa usaha yang berterusan diperlukan untuk melonjakkan pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih tinggi.
  • Ungkapan Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan) terlakar apabila terdapat banyak kisah kejayaan dan pencapaian dalam landskap pendidikan tinggi Malaysia yang tidak diketahui umum. Oleh itu, slogan ini dimaksudkan untuk menjadi tanda dalam memberi tahu masyarakat tentang perkembangan dan kepentingan pendidikan tinggi pada masa kini. Dalam hal ini, apabila seseorang melaungkan Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan), ramai akan memahami bahawa ini merujuk kepada satu pencapaian, kejayaan atau sesuatu yang boleh dibanggakan.
  • Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan), juga bertujuan untuk mengiktiraf kerja keras dan usaha institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk universiti awam dan swasta, kolej-kolej swasta, politeknik serta kolej komuniti. Tidak ketinggalan pengiktirafan kepada penyelidik mereka , pensyarah dan pelajar, yang telah menyumbang kepada Malaysia dalam memperbaiki kedudukan dalam peta pendidikan tinggi global.

Logo Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan) 

  • Reka bentuk logo Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan) merupakan idea Cik Farah Natasya Idris, lulusan grafik dan reka bentuk dari Universiti Selangor (UNISEL).
  • Satu ciri utama logo adalah anak panah kuning dan jingga yang menampilkan reka bentuk tirus pada mulanya , diikuti trajektori ke atas yang makin mengembang dan beranak panah.
  • Anak panah ini direka untuk menggambarkan kemajuan. Kemerosotan kecil dalam logo ini bertindak sebagai peringatan bahawa telah ada dan akan tempoh yang mencabar, tetapi dengan kerja keras dan terus berusaha akan membolehkan peningkatan yang berterusan dan lebih baik.
  • Trajektori berkembang ke atas logo bertindak sebagai motivasi bahawa kejayaan boleh mempunyai kesan yang besar dan positif bagi mereka yang terlibat.
  • Warna-warna emas dan jingga telah dipilih untuk menggambarkan harapan dan menyuntik rasa kesegaran.
  • Logo Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan) turut melibatkan 2 teks utama, iaitu perkataan " Soaring Upwards " dan juga “Malaysian Higher Education” (Pendidikan Tinggi Malaysia). Perkataan kedua adalah untuk menggambarkan hak eksklusif terhadap pendidikan tinggi di Malaysia.

Gerak Isyarat tangan atau trademark Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan)

  • Gerak Isyarat tangan atau trademark Soaring Upwards (Peningkatan Berterusan) adalah satu bahagian penting kepada laungan semangat.
  • Isyarat tangan adalah dengan menggunakan lengan kanan, kedudukan yang sedikit menyerong dalam bentuk anak panah. Gambar-gambar di bawah menunjukkan bagaimana ini dilakukan. 


Thursday, January 5, 2017

Pencapaian 3 Tahun Kerajaan Johor: Menyediakan Modal Insan Johor yang Terbaik


Pencapaian 3 Tahun Kerajaan Johor 
- Mencungkil Potensi dan Menyediakan Modal Insan Johor yang Terbaik 

Peringkat Rendah/Menengah 

1. Biasiswa Kenangan Dato' Onn - YPJ 
2. Program Bestari - JCORP 
3. Bantuan Makanan Sihat - MAINJ
4. Program Tuisyen SPM YPJ - YPJ 
5. Bantuan Yuran Persekolahan - MAINJ
6. Bantuan Pakaian Sekolah - MAINJ

Pendidikan Tinggi 

1. Skim Bantuan Pendaftaran - YPJ 
2. Duta Jauhar - YPJ 
3. JESP - JCORP 
4. Johor Talent - IKLAS 
5. Dermasiswa Luar Negara - MAINJ 
6. Karisma Ta'zim - YPJ 
7. Tabung Latihan Kemahiran Johor - YPJ 
8. Tabung Pendidikan Sarjana - PDT 
9. Pendaftaran IPT - MAINJ 
10. Johor Bio-Talent - BioTech 

Lepasan Universiti 

1. JCAP - JCORP 
2. Program Pembangunan Kapasiti Kakitangan Awam Johor - PDT 

Tuesday, January 3, 2017

Sunday, January 1, 2017

Azmi Rohani Setiausaha Kerajaan Johor Yang Baharu

JOHOR BAHRU, 1 Jan – Azmi Rohani hari ini mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Johor yang baharu di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pagi tadi. 

Beliau menggantikan Datuk Ismail Karim yang bersara pada 31 Disember 2016. 
Azmi menerima watikah pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Johor daripada Sultan Ibrahim.
Turut berangkat hadir, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Besari Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Speaker Dewan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz, Yang Dipertua Majlis Jumaah DiRaja Johor, Dato’ Abdul Rahim Ramli serta barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor. 

Azmi bersama mantan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim setelah selesai Majlis Angkat Sumpah.
Azmi yang berusia 49 tahun, sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor.

Beliau yang berkelulusan dalam bidang pembangunan ekonomi dan pengurusan serta pembangunan sumber manusia, memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar pada tahun 1992.

Beliau turut pernah berkhidmat di beberapa jabatan lain termasuk Pejabat Tanah Kluang, Jabatan Pengairan dan Saliran Johor, serta Pejabat Tanah Kota Tinggi.

Isteri beliau ialah Dr. Noor Azizah Abdul Latiff, dan mereka mempunyai empat orang cahaya mata.
-Jauhar