Sunday, June 4, 2017

YPJ - PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2017 (DIPLOMA)

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2017 
(BAGI KEMASUKAN PELAJAR BAHARU TARAF DIPLOMA UNIVERSITI AWAM SAHAJA)

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) 

Dimaklumkan bahawa Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPTA bagi kemasukan pelajar baharu tahun 2017 taraf DIPLOMA telah dibuka mulai 04hb sehingga 22hb JUN 2017. 

Bermula pada Jun 2017, YPJ telah menggunakan kaedah baharu dalam menguruskan permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPTA. Jika sebelum ini permohonan adalah melalui BORANG yang dimuatturun di laman web YPJ atau didapatkan di kaunter YPJ, kaedah baharu terkini ialah permohonan dibuat secara atas talian (online). [AMARAN: Sila baca artikel ini sehingga habis untuk memahami maklumat lanjut] 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 

  1. Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Surat Tawaran kemasukan ; 
  3. Ditawarkan kepada pelajar DIPLOMA SEPENUH MASA (Universiti Awam Sahaja) yang TELAH mendaftar kemasukan tahun pertama pada tahun 2017 ; 
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah satu (1) tahun atau lebih ; 
  5. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM4,000.00 ; 
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja dalam setahun untuk setiap taraf pengajian ; 
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain ; 
  8. Tarikh permohonan : 04 hingga 22 Jun 2017 (Segala dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada pihak YPJ dalam tempoh tersebut). 


CARA MEMOHON :

LANGKAH 1 :
Isikan lengkap Borang Permohonan secara online : (klik) Mohon Sekarang !

LANGKAH 2 :
Cetak SLIP PERMOHONAN yang telah lengkap diisi. Setelah cetak, klik butang HANTAR.


LANGKAH 3 :
Lengkapkan "Bahagian D". Pemohon dikehendaki menandatangani borang permohonan tersebut dan seterusnya mendapatkan pengesahan (tandatangan) daripada Wakil Rakyat. Sekiranya kedua-dua tandatangan ini tidak dilengkapkan, maka permohonan dianggap sebagai tidak lengkap dan seterusnya tidak akan diproses.

LANGKAH 4 :
Hantarkan SLIP PERMOHONAN yang telah dilengkapkan bersama-sama dokumen sokongan ke pejabat YPJ sebelum tarikh tutup permohonan 22 Jun 2017.

LANGKAH 5 :
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 1.5 bulan (45 hari bekerja) dari tarikh tutup permohonan dan dokumen lengkap diterima.


SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR 
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Ketua kampung/ yang setaraf dengannya) 
  1. SLIP PERMOHONAN Bantuan Pendaftaran (dicetak setelah diisi lengkap secara online) ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  5. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja. [Nota: 1. Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima. 2. Pelajar perlu membuka akaun Bank Islam jika tiada. ] 
  6. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), Sila muatturun Borang Pengesahan Pendapatan 2017 (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya ] ; 
  7. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan). 

Keterangan lanjut, layari https://www.bantuanpendidikanypj.com/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 1.5 BULAN (45 HARI BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN DOKUMEN LENGKAP DITERIMA, PERMOHONAN ADALAH DI ANGGAP TIDAK BERJAYA.


" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

0 comments:

Post a Comment