Tuesday, July 4, 2017

BIASISWA YAYASAN SULTAN ISKANDAR JOHOR 2017


Latar Belakang

Yayasan Sultan Iskandar Johor adalah sebuah syarikat berhad yang telah diperbadan dan didaftarkan pada 21hb. Ogos 1984. Yayasan ini ditubuhkan bagi menganjurkan tujuan-tujuan khairat dan kebajikan seperti yang dinyatakan dalam MOA ("Memorandum of Association"). 

Objektif 
Antara Objektif Utama Yayasan adalah mewujudkan dan mengekalkan dana untuk digunakan bagi tujuan-tujuan berikut :
  1. Kemajuan pendidikan daripada semua jenis bidang yang diiktiraf oleh sistem pendidikan di Malaysia.
  2. Mengukuh, menjaga dan mentadbir dana biasiswa untuk memajukan moral, intelektual dan pendidikan fizikal serta kebajikan kepada pelajar-pelajar yang sepatutnya menerima dan memerlukan.
  3. Memberi anugerah biasiswa untuk pengajian pra ijazah dan lepas ijazah.
  4. Menaja mereka yang memerlukan pertolongan daripada segi moral, tujuan sosial atau kebajikan.
  5. Memberi bantuan dan meringankan dengan apa jua cara dan hubungan kepada institusi kebajikan.
Biasiswa
1. Pra ijazah - anak-anak Johor daripada keluarga miskin yang belajar di UTM Skudai dan UTHM Batu Pahat.
2. Lepas ijazah - anak-anak Malaysia yang belajar di universiti-universiti tempatan.


PERMOHONAN : 

1. PRA IJAZAH (UTM Skudai & UTHM Batu Pahat Sahaja)

Bidang Pengajian 
UTM Skudai : Kejuruteraan, Sains Komputer dan Alam Bina 
UTHM Batu Pahat : Kejuruteraan, Sains, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat 

Nilai Anugerah 
RM11,000 setahun (tidak termasuk yuran universiti). 

Syarat Kelayakan 
  1. Dilahirkan di Johor. 
  2. Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam matapelajaran Sains atau Matematik; ATAU Mendapat PNGK 3.50 dan ke atas bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada pusat-pusat matrikulasi; ATAU Mempunyai Diploma dengan kelulusan PNGK 3.50 dan ke atas. 
  3. Mengikuti kursus Tahun Pertama di peringkat ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di UTM atau UTHM. 
  4. Belum menerima sebarang tawaran biasiswa atau pinjaman. 
Cara Memohon 
Borang permohonan boleh didapati daripada pejabat HEP, UTM Skudai dan UTHM Batu Pahat. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan. 

Tarikh Tutup: Telah ditutup dan akan dibuka semula pada Ogos/September 2017. 



2. LEPASAN IJAZAH (Universiti-universiti Awam Tempatan) 

Bidang Pengajian 
Kejuruteraan, Sains, Matematik & Undang-Undang. 

Nilai Anugerah 
RM16,800 setahun (tidak termasuk yuran pengajian). 

Syarat Kelayakan 
  1. Berumur 40 tahun dan ke bawah. 
  2. Memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau PNGK 3.50 dan ke atas pada peringkat Sarjana Muda bagi pengajian Sarjana dan PNGK 3.50 dan ke atas pada peringkat Sarjana bagi pengajian Doktor Falsafah. 
  3. Boleh mendapatkan cuti belajar sekiranya sedang bekerja dengan mengemukakan surat pengesahan daripada majikan. 
  4. Mesti mendapat tawaran melanjutkan pengajian pada tahun ini. Sesiapa yang telah memulakan pengajian sebelum tahun ini tidak digalakkan memohon. 
  5. Tidak menerima sebarang bantuan kewangan/pinjaman/biasiswa daripada mana-mana organisasi lain. 
Cara Memohon 
Borang permohonan boleh dimuat turun di sini. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap mesti dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh Tutup: 17 Julai 2017.


0 comments:

Post a Comment