Sunday, August 13, 2017

SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2017 (IJAZAH & DIPLOMA)

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2017 
(BAGI KEMASUKAN PELAJAR BAHARU TARAF IJAZAH & DIPLOMA)

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) 

Dimaklumkan bahawa Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPTA bagi kemasukan pelajar baharu tahun 2017 taraf DIPLOMA telah dibuka mulai 13hb sehingga 30hb OGOS 2017. 

Bermula pada Jun 2017, YPJ telah menggunakan kaedah baharu dalam menguruskan permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPTA. Kaedah baharu terkini ialah permohonan dibuat secara atas talian (online). [AMARAN: Sila baca artikel ini sehingga habis untuk memahami maklumat lanjut] 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 

  1. Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Surat Tawaran kemasukan ; 
  3. Ditawarkan kepada pelajar DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA (Universiti Awam Sahaja) yang TELAH mendaftar kemasukan tahun pertama pada tahun 2017 ; 
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah satu (1) tahun atau lebih ; 
  5. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM4,000.00 ; 
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja dalam setahun untuk setiap taraf pengajian ; 
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain. 


CARA MEMOHON :

LANGKAH 1 :
Isikan lengkap Borang Permohonan secara online : (klik) Mohon Sekarang !

LANGKAH 2 : 
Semak emel untuk mencetak slip permohonan, borang pengesahan pendapatan & borang sokongan wakil rakyat (di bahagian attachment). 

LANGKAH 3 : 
Lengkapkan Borang sokongan wakil rakyat (wajib). 

LANGKAH 4 : 
Pemohon dikehendaki menghantar SLIP PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 30 OGOS 2017. 

LANGKAH 5 : 
Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan).

LANGKAH 6 : 
Wang bantuan akan dimasukkan ke akaun pelajar secara Electronic Fund Transfer (EFT). 


SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR 
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / Pegawai gred A / Penghulu / Ketua kampung/ yang setaraf dengannya) 
  1. SLIP PERMOHONAN (lihat attachment) ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  5. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja. [Nota: 1. Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima. 2. Pelajar perlu membuka akaun Bank Islam jika tiada. ] 
  6. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), Sila muatturun Borang Pengesahan Pendapatan 2017 (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya ] ; 
  7. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan). 
  8. Borang sokongan wakil rakyat (lihat attachment) 

Keterangan lanjut, layari https://www.bantuanpendidikanypj.com/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 1.5 HINGGA 2 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN DOKUMEN LENGKAP DITERIMA, PERMOHONAN ADALAH DI ANGGAP TIDAK BERJAYA.


" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

0 comments:

Post a Comment