DAFTAR AHLI

1. Syarat-syarat mendaftar ahli : 

a. Warganegara Malaysia 
b. Lahir atau pernah bersekolah di Johor atau menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Negeri Johor 
c. Sedang dalam pengajian atau telah tamat pengajian di mana-mana Institusi Pengajian di dalam negara 
d. Tinggal atau sedang menetap di dalam Malaysia. 

2. Langkah-langkah pendaftaran ahli : 

i. Isikan segala butiran di dalam borang online dengan lengkap dan tepat (KLIK SINI)

ii. Setelah menghantar borang online ini, sila emelkan salinan MyKad dan Kad Pelajar anda (format PDF) kepada siswajohor@gmail.com dengan menulis Subject: DAFTAR AHLI <jarak> Nama

iii. Butiran permohonan anda akan dijana semula ke Borang Pendaftaran sebenar dan akan diemelkan kepada anda untuk disemak dan ditandatangan. Emel turut disertakan Lampiran Arahan Pembayaran Yuran. 

iv. Setelah semakan dan pembetulan, anda diminta menghantar semula borang tersebut dalam emel yang sama untuk disahkan oleh Pejabat Pertubuhan. 

v. Setelah Pejabat Pertubuhan menerima bayaran yuran daripada anda, salinan Borang tersebut yang telah disahkan beserta Resit Rasmi bayaran yuran akan dihantar kepada anda untuk rujukan dan simpanan. Maka selesai pendaftaran anda sebagai ahli. 

3. Yuran Pendaftaran Ahli : 

i. Sepertimana disebut di dalam Perlembagaan Pertubuhan ini, bayaran yuran masuk adalah sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja).

ii. Bayaran Yuran hendaklah diserahkan kepada Bendahari semasa menghantar Borang Pendaftaran Keahlian. 

0 comments:

Post a Comment