SUMBANGAN

SUMBANGAN / PENAJAAN 

Pihak Pertubuhan Mahasiswa Johor amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan / penajaan sama ada berbentuk kewangan mahupun barangan daripada mana-mana pihak termasuk jabatan/agensi kerajaan, syarikat swasta, agensi korporat, pertubuhan atau perseorangan yang bertujuan bagi membantu aktiviti / fungsi pertubuhan ini yang ke arah pembangunan pendidikan, modal insan, kemasyarakatan dan kebajikan. 

1. SUMBANGAN KEWANGAN 

Sumbangan Wang Tunai melalui Cek Berpalang / Pindahan Wang / Wang Pos / Kiriman Wang boleh disalurkan sebagaimana butiran berikut :
          NAMA AKAUN       : PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR
          NOMBOR AKAUN : 0104 101001 3990 
          NAMA BANK         : BANK ISLAM (M) BERHAD 
Sila hantarkan bukti transaksi sumbangan ke emel kami : siswajohor@gmail.com beserta butiran : 
1.    Nama : 
2.    No. Telefon : 
3.    Agensi / Pertubuhan : 
4.    Amaun : 
5.    Kaedah transaksi : 
6.    Tarikh & Masa : 


2. SUMBANGAN BARANGAN

Sumbangan barangan keperluan harian juga adalah amat dialu-alukan seperti makanan, pakaian terpakai, perkakasan rumah/pejabat, barangan keperluan sekolah dan sebagainya. Bantuan akan diserahkan terus kepada penerima yang berkelayakan seperti keluarga miskin, warga emas, pesakit kronik, ibu tunggal, mangsa bencana dan sebagainya. 

PENGHARGAAN

Pihak Pertubuhan Mahasiswa Johor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak PENYUMBANG / PENAJA di atas sumbangan dan bantuan yang diberikan / disalurkan. 
Setiap sumbangan bagi tujuan pendidikan, modal insan dan kemasyarakatan, sumbangan akan dimanfaatkan sebaiknya bagi menjalankan program atau aktiviti tersebut. Bagi tujuan kebajikan pula, sumbangan akan diserahkan terus kepada penerima yang berkelayakan. 
Setiap serahan sumbangan akan direkodkan untuk rujukan pihak kami dan para penyumbang. 

0 comments:

Post a Comment