Monday, February 4, 2019

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YPJ 2019 (FEBRUARI)

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA 2019 (SESI FEBRUARI)


Dimaklumkan bahawa permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Tahun 2019 (Februari) bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda telah dibuka mulai 01 sehingga 28 FEBRUARI 2019

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 
  1. Pemohon menstilah LAHIR dan MENETAP di Negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Tawaran Kemasukan atau Sedang Menuntut di Institusi Pengajian sebelum membuat permohonan ; 
  3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA dan masih dalam tempoh sahlaku semasa permohonan ; 
  4. Baki tempoh pengajian semasa permohonan tidak kurang satu (1) tahun ; 
  5. Pemohon tidak menerima apa-apa penajaan/pembiayaan sama ada pinjaman atau biasiswa dari agensi-agensi lain ; 
  6. Kursus yang diikuti metilah SEPENUH MASA ; 
  7. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM8,000.00 sebulan [Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita paling rendah]. 
INSTITUSI PENGAJIAN YANG DITAJA : 

1. IPTA     ( Semua IPTA dalam negara ) 

2. IPTS :

  1. Kolej YPJ
  2. Kolej Kemahiran YPJ 
  3. Marsah 
  4. UNITAR International University 
  5. Universiti Kuala Lumpur 
  6. Universiti Multimedia (MMU) 
  7. Universiti SEGi 
  8. Universiti Selangor (UNISEL) 
  9. Universiti / Kolej Sunway 
  10. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing 
  11. Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) 
  12. Universiti Tenaga Nasional 
  13. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) 
  14. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) 
3. Kampus Cawangan Institusi di EDUCITY JOHOR :
  1. Universiti Raffles Iskandar 
  2. Universiti Multimedia 
  3. Netherland Maritime Institute Technology (NMIT) 
  4. Institusi Pengurusan Pembangunan Singapura 
CARA MEMOHON :
LANGKAH 1:
Pemohon mendaftar PRA-PERMOHONAN secara online : (klik) Mohon Sekarang !

LANGKAH 2 : 

Setelah menerima emel pengesahan Pra-Permohonan daripada YPJ, pemohon dikehendaki mengikut arahan seterusnya iaitu Mengisi Borang Permohonan online dengan lengkap. Setelah selesai, pemohon mestilah mencetak Slip Permohonan.

LANGKAH 3 :
Pemohon dikehendaki menghantar SLIP PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 17 SEPTEMBER 2018.

LANGKAH 4 : 

Sila muat turun Borang Pengesahan Pendapatan-Pinjaman YPJ 2018 (klik), sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan). Lengkapkan dan seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya. 

LANGKAH 5 : 

Sila semak kelulusan selepas 30 hari bekerja dari tarikh tutup di portal Prolims YPJ ini. 

LANGKAH 6 : 

Pemohon juga boleh memuat turun Aplikasi YPJ "PROLIMS" di Playstore atau App Store untuk membuat semakan. 

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR 
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Ketua kampung/ yang setaraf dengannya) 
  1. SLIP PERMOHONAN Pinjaman (dicetak setelah diisi lengkap secara online) ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar ; 
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  5. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  6. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga 
  7. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan). 
  8. Salinan Sijil SPM ; 
  9. Salinan Sijil Berhenti Sekolah. 
Keterangan lanjut, layari https://www.ypj.gov.my/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel : pinjamanpelajaran@ypj.gov.my

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 3 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, PERMOHONAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA. 

" SELAMAT BERJAYA "

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

Wednesday, January 30, 2019

Biasiswa MyBrainSc 2019


Biasiswa MyBrainSc 2019 kini telah DIBUKA !

Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.

BIDANG PENGAJIAN
 1. Fizik
 2. Biologi
 3. Kimia
 4. Matematik

SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut :

1) Kedoktoran (Ph.D);
  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2019;
  3. Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen;
  4. Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  5. Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  6. Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
  7. Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

2) Sarjana;
  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 31 Disember 2019;
  3. Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh;
  4. Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  5. Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  6. Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  7. Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

3) Ijazah pertama;
  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 31 Disember 2019;
  3. Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level;
  4. Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level;dan
  5. Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

PERMOHONAN
  • Permohonan dibuka mulai pada 25 Januari 2019 Jam 4 Petang sehingga 10 Februari 2019 Jam 11.59 Malam. 
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM di https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/.
MAKLUMAT LANJUT 

KEMENTERIAN PENDIDIDKAN MALAYSIA
Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa Dan Pembiayaan
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5
62200 PUTRAJAYA
Email mybrainsc@moe.gov.my

Maklumat Urusetia (Penawaran) 
Puan Nur Ilyani Binti Othman othmanni@moe.gov.my
[03 – 8870 6373]
Puan Norhaslindawati Binti Mohd Hanafi haslindawati.h@moe.gov.my
[03 – 8870 6403]
Puan Hani Suhailiz Binti Ahmad Suhaimi hani.suhailiz@moe.gov.my
[03 – 8870 6370]
Encik Ab Rahman Bin Ahmad Zabidi rahman.zabidi@moe.gov.my
[03 – 8870 6370]

Maklumat Urusetia (Penajaan) 
Puan Mariani Binti Mohd Refin mariani.refin@moe.gov.my
[03 – 8870 6582]
Puan Hajarnorni Binti Abu Hassan hajarnorni.abu@moe.gov.my
[03 – 8870 6582]


Sunday, January 27, 2019

Internship @ GDEX

Internship @ GDEX

On the GDEX Internship Programme, you’ll have outstanding opportunities to develop your professional and leadership skills.

Specially structured to give participants an overview of the day-today management activities right down to the operations activities on the shop floor.

There are 3 types of the internship program :

APPRENTICE PROGRAM

NORMAL INTERNSHIP PROGRAM

REGIONAL INTERNSHIP PROGRAM

Monday, January 14, 2019

Mahasiswa mahu diskaun pembayaran PTPTN dikembalikan


JOHOR BAHRU, 14 Jan - Tindakan membatalkan diskaun dan faedah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 31 Disember lalu adalah satu tindakan tidak adil kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara. 

Ahli Dewan Muda Johor, Muhammad Haziq Shafe’ee berkata, inisiatif diskaun dan faedah perlu sepatutnya diteruskan daripada kerajaan terus mencari formula baharu untuk menangani isu berkenaan PTPTN.

“Secara tidak langsung ini akan mendatangkan kesan kepada kebajikan mereka terutamanya golongan ‘fresh graduates’ yang rata-rata bergaji tidak sampai RM2,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Muhammad Haziq berkata, berikutan itu, pihaknya mewujudkan petisyen bagi meminta Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan PTPTN untuk menimbang semula perlaksanaan inisiatif diskaun dan faedah pembayaran balik PTPTN seperti dilaksanakan sebelum ini. 

“Saya amat berharap rakan-rakan mahasiswa di luar sana memberikan sokongan kepada usaha murni ini. Kasihan rakan-rakan kita yang terpaksa melalui detikdetik sukar dalam keadaan ekonomi menghimpit kini. Mereka yang berminat boleh menandatangani petisyen tersebut. 

“Mahasisa yang berkelapangan dijemput turut serta semasa penyerahan petisyen ini. Bagi kami, u-turn sekali lagi untuk perkara ini adalah tidak mengapa. Perkara ini amat penting untuk kebajikan kami semua. Mohon suara kami didengari pihak yang berkenaan,” katanya.

Tuesday, January 1, 2019

Monday, December 3, 2018

BAC CSR Malaysia Education Fund 2019 - Good news for all youths








Brickfields Asia College (BAC) and CSR Malaysia are collaborating to bring and provide scholarships to all youths in Malaysia. 

Courses like foundation in arts, foundation in law, foundation in media studies, degree in law and etc are all up for grabs. 

For more information, please email your interest to malaysiacsr@gmail.com or contact us at our IG page, @csrmalaysia_official to apply and take the big step to achieving your dreams. 

Good luck and all the best! 

Rizmel Nazrin,
President CSR Malaysia.

Sunday, November 18, 2018

Graduan perlu bijak guna media baharu - Sultanah Terengganu


KUALA NERUS, 17 Nov – Graduan diingatkan supaya memanfaatkan penggunaan media baharu demi kebaikan ummah dan bukannya memecah belah serta memudaratkan masyarakat, titah Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Baginda turut menasihatkan golongan itu agar berfikiran lebih kritis dan bijak menilai setiap perkara baharu yang dibawa oleh media berkenaan.

"Penggunaan media baharu pada masa kini berkembang dengan begitu pesat. Oleh itu, beta mahu para graduan menggunakan platform ini sebagai ruang menyatukan ummah. Setiap isu dan perkara yang timbul juga perlu dinilai secara objektif.

“Hal ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan jati diri para graduan yang menjadi contoh kepada masyarakat. Selain itu, beta juga menasihatkan para graduan supaya mengelak daripada terjebak dengan masalah moral dan gejala sosial yang semakin merebak termasuk di kalangan golongan berpendidikan tinggi," titah Sultanah Nur Zahirah.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Majlis Idul Ilmi (Konvokesyen) UniSZA Kali Ke-10 di Dewan Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Pada majlis itu juga, Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Al- Quran kepada Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad atas jasa baktinya dalam bidang musabaqah tilawah, hafazan dan pentadbiran pusat Maahad Tahfiz Al-Quran.

Majlis Idul Ilmi (Konvokesyen) UniSZA yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini melibatkan seramai 2,836 graduan termasuk penerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam pelbagai bidang. - BERNAMA

Bukan Melayu tiada hak tuntut ratifikasi ICERD


BANGI, 17 Nov – Kaum bukan Melayu tidak mempunyai asas kukuh untuk menyokong serta menuntut apa yang terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). 

Pensyarah Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Low Yong San, sebaliknya berkata, mereka sepatutnya memahami fakta sejarah politik negara terlebih dahulu sebelum membangkitkan isu konvensyen antarabangsa berkenaan.

Beliau menegaskan, ada dua fakta yang kaum bukan Melayu harus faham, iktiraf dan hormati sebelum menuntut kerajaan meratifikasi ICERD.

Pertama, katanya, sebelum kebanyakan kaum bukan Melayu diberi kewarganegaraan, malah sebelum penjajahan British ke atas Tanah Melayu lagi, negara sudah diperintah oleh Raja-raja Melayu, malah British terpaksa mendapatkan perkenan Raja-raja Melayu untuk meligitimasikan penjajahannya.

“Sebelum kebanyakan kaum bukan Melayu memperoleh kewarganegaraan, malah sebelum penjajahan British di tanah Melayu, satu sistem pemerintahan moden yang berpaksikan kepada Raja-raja Melayu telah diasaskan di negeri-negeri Melayu di Malaya.

“Kerajaan kolonial British juga terpaksa mendapatkan perkenan Raja-raja Melayu, sama ada secara sukrela atau paksaan, untuk meligitimasikan penjajahan British di Malaya,” katanya seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia.
Dr. Low Yong San
Mengulas lanjut Yong San berkata, fakta kedua yang perlu dihadam ialah sepanjang pemerintahan British, mereka telah mengiktiraf kedudukan sah Raja-Raja Melayu, malah turut mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal di Malaysia.

“British juga telah mengiktiraf kedudukan istimewa kaum Melayu sebagai penduduk asal (Bumiputera/Peribumi) serta melaksanakan sistem politik dan pemerintahan yang bertunjangkan kaum Melayu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, agak mengejutkan apabila terdapat segelintir pemimpin Melayu sendiri yang menyokong dan berkehendak agar ICERD diratifikasi.

Justeru beliau berkata, sebagai langkah menghentikan polemik ICERD, Majlis Raja-Raja boleh membuat kenyataan atau menyatakan pendirian rasmi berhubung isu ini.

Terdahulu, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berterus terang berhubung tujuan ratifikasi bagi mengelakkan berlakunya bantahan, sebaliknya mereka menuntut Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan.
Tun Abdul Hamid Mohamad
“Apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan akan dimansuhkan.

“Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan kaum Bumiputera, mereka mengatakan bahawa pengesahan tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu tidak betul,” katanya.- UTUSAN