JOHOR BAHRU, 18 Dis - Iskandar Malaysia akan muncul sebagai pusat kebudayaan dan kesenian sejajar dengan kekayaan warisan yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negeri ini.Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata Kerajaan Negeri melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) berhasrat mewujudkan satu persekitaran di Iskandar Malaysia bagi mengembangkan seni dan budaya.
Friday, December 28, 2012
Wednesday, December 26, 2012
UTM Kongsi Teknologi Bot Gentian Kaca
KOTA TINGGI, 25 Dis - Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan penduduk terutama golongan nelayan di Pengerang, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama kerajaan negeri menganjurkan program khidmat masyarakat dan pemindahan teknologi melalui Program Pembinaan Bot Nelayan, di sini baru-baru ini.
Tuesday, December 25, 2012
Kerjasama UPM, Mitsubishi Pelihara Hutan

UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Mitsubishi Corporation terus mempamerkan komitmen dalam usaha menganjurkan program penanaman pokok bagi kali yang ke-21 di UPM Kampus Bintulu, Sarawak baru-baru ini.
Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Datuk Talip Zulpilip berkata, usaha UPM dan Mitsubishi Corporation memulihara hutan melalui program itu boleh mencapai matlamat untuk mewujudkan kelestarian alam sekitar.
Thursday, December 20, 2012
IPT JADI EJEN TRANSFORMASI
JOHOR BAHRU 9 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi akan menyarankan institusi pengajian tinggi (IPT) mewujudkan program yang akan menyerlahkan identiti mereka selaras dengan menjadi salah satu ejen transformasi masyarakat.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu masih dalam peringkat pertimbangan sebelum diumumkan kepada semua 80 universiti dan kolej universiti yang ada di negara ini tahun hadapan.
40 Penuntut KPYPJ Sertai Program Bakti Siswa
JOHOR BAHRU, 18 Dis - Seramai 40 penuntut Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) mencurah bakti dan keringat mereka selama tiga hari dua malam pada Program Baktisiswa Kesihatan dan Desa di Kampung Pasir Putih, di sini baru-baru ini.
Wednesday, December 19, 2012
HUTANG KERAJAAN NEGERI MENURUN
KOTA ISKANDAR, 13 Dis - Hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan terus menurun daripada RM1.4 bilion pada 2010 kepada RM482 juta pada 2011.
Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata sebahagian besar daripada penurunan itu adalah disebabkan oleh pengambilalihan hutang bekalan air oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di samping kemampuan Kerajaan Negeri sendiri untuk menjelaskan bayaran balik hutang yang telah matang mengikut jadual.
Tuesday, December 18, 2012
BIASISWA MyBrainSc
Permohonan Skim Biasiswa MyBrainSc Kementerian Pengajian Tinggi bagi Sesi 2012/2013 telah dibuka pada 16 Disember 2012 hingga 16 Januari 2013.
Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.
Permohonan perlu dibuat secara atas talian.
Sila klik link ini untuk memohon: https://payloan.mohe.gov.my/MyBrainSc/index.php
Info lanjut, sila hubungi:
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Tel: 03-8870 6000
Emel: mybrainsc@mohe.gov.my
Monday, December 10, 2012
TAQWIM SEPT 2012 - JULAI 2013
Petunjuk:
1. KPO - Kursus Pengurusan Organisasi
2. AGM - Mesyuarat Agung Tahunan
3. RJD - Kem Rekreasi Jati Diri
4. KSAJ - Karnival Sukan Anak Johor
5. FEKAZ - Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
6. Kotak Merah - Program Terbuka IPT
p/s: Taqwim ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, bergantung pada perubahan yang dilakukan oleh mana-mana persatuan di bawah GAJ. Sila hubungi wakil IPT atau Penyelaras. [Klik sini]
Saturday, December 8, 2012
JOHOR BENTANG BAJET LEBIHAN 2013
NUSAJAYA, 7 Dis - Ekonomi Johor kini semakin mantap apabila sekali lagi bajet mencatatkan lebihan untuk dua tahun berturut-turut.
Bajet 2013 yang dibentangkan di Dewan Negeri hari ini menganggarkan lebihan pendapatan RM4.40 juta berbanding lebihan dalam Bajet tahun 2012 berjumlah RM1.21 juta.
Wednesday, December 5, 2012
ISKANDAR MALAYSIA PERLU JADI CONTOH

JOHOR BAHRU 4 Dis. - Transformasi ekonomi besar-besaran yang dinikmati Johor terutama di kawasan Iskandar Malaysia sejak enam tahun lalu seharusnya menjadi contoh kepada negara-negara kecil untuk membangunkan ekonomi mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)