1. Syarat-syarat mendaftar ahli :
a. Warganegara Malaysia
b. Lahir atau pernah bersekolah di Johor atau menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Negeri Johor
c. Sedang dalam pengajian atau telah tamat pengajian di mana-mana Institusi Pengajian di dalam negara
d. Tinggal atau sedang menetap di dalam Malaysia.
e. Membayar yuran pendaftaran : RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja).
2. Langkah-langkah pendaftaran ahli :
i. Isikan segala butiran di dalam borang online dengan lengkap dan tepat (KLIK SINI).
ii. Setelah menghantar borang online ini, sila emelkan salinan MyKad dan Kad Pelajar anda (format PDF) kepada siswajohor@gmail.com dengan menulis Subject: DAFTAR AHLI <jarak> Nama.
iii. Butiran permohonan anda akan dijana semula ke Borang Pendaftaran sebenar dan akan diemelkan kepada anda untuk disemak dan ditandatangan. Emel turut disertakan dengan Arahan Pembayaran Yuran.
iv. Setelah semakan dan pembetulan, anda diminta menghantar semula borang tersebut dalam emel yang sama untuk disahkan oleh Pejabat Pertubuhan.
v. Setelah Pejabat Pertubuhan menerima bayaran yuran daripada anda, salinan Borang tersebut yang telah disahkan beserta Resit Rasmi bayaran yuran akan dihantar kepada anda untuk rujukan dan simpanan. Maka selesai pendaftaran anda sebagai ahli.
0 comments:
Post a Comment