SUMBANGAN / PENAJAAN
Pertubuhan
Mahasiswa Johor amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan / penajaan sama
ada berbentuk kewangan mahupun barangan daripada mana-mana pihak termasuk
jabatan/agensi kerajaan, syarikat swasta, agensi korporat, pertubuhan atau
perseorangan yang bertujuan bagi membantu aktiviti / fungsi pertubuhan ini yang
ke arah pembangunan pendidikan, modal insan, kemasyarakatan dan kebajikan.
1. SUMBANGAN KEWANGAN
Sumbangan Wang Tunai
melalui Cek Berpalang / Pindahan Wang / Wang Pos / Kiriman Wang boleh
disalurkan sebagaimana butiran berikut :
NAMA AKAUN : PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR
NOMBOR AKAUN : 0104 101001 3990
NAMA BANK : BANK ISLAM (M) BERHAD
NOMBOR AKAUN : 0104 101001 3990
NAMA BANK : BANK ISLAM (M) BERHAD
Sila hantarkan bukti
transaksi sumbangan ke emel kami : siswajohor@gmail.com
beserta butiran :
1.
Nama :
2.
No. Telefon :
3.
Agensi / Pertubuhan :
4.
Amaun :
5.
Kaedah transaksi :
6. Tarikh & Masa :
2. SUMBANGAN BARANGAN
Sumbangan barangan keperluan
harian juga adalah amat dialu-alukan seperti makanan, pakaian terpakai, perkakasan
rumah/pejabat, barangan keperluan sekolah dan sebagainya. Bantuan akan
diserahkan terus kepada penerima yang berkelayakan seperti keluarga miskin,
warga emas, pesakit kronik, ibu tunggal, mangsa bencana dan sebagainya.
PENGHARGAAN
Pertubuhan Mahasiswa Johor mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak
PENYUMBANG / PENAJA di atas sumbangan dan bantuan yang diberikan / disalurkan.
Setiap sumbangan bagi tujuan pendidikan, modal insan dan kemasyarakatan, sumbangan akan dimanfaatkan sebaiknya bagi menjalankan program atau aktiviti tersebut. Bagi tujuan kebajikan pula, sumbangan akan diserahkan terus kepada penerima yang berkelayakan.
Setiap serahan sumbangan akan direkodkan untuk
rujukan pihak kami dan para penyumbang.
0 comments:
Post a Comment